GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM400 kepada mereka yang terjejas akibat banjir, minggu lalu.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata wang tersebut akan diberikan secara 'one-off' kepada keluarga atau individu yang terjejas.
Beliau menegaskan bayaran itu bukanlah suatu precedent tetapi secara 'one-off' berikutan hujan lebat luar biasa yang melanda negeri itu, Jumaat lalu.
"Kerajaan negeri akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk berdepan masalah banjir serius itu," katanya.