suria

Netizen Puji Syafiqah Pandai Cakap Mandarin

PETALING JAYA: Klip video seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) fasih bercakap dalam bahasa Mandarin dengan dua warga China menjadi tular di media sosial.

Tindakan Nur Syafiqah Azaman yang memberi penerangan kepada dua warga China mengenai prosedur untuk membuat pertukaran nama hak milik kenderaan dalam bahasa Mandarin turut mendapat pujian netizen.

Perbualannya bersama dua warga China itu dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dimuatnaik Syamsul Amir dan mendapat lebih 55,000 tontonan sejak Rabu.

Pengguna Facebook, Muhamad Fazrin berkata tindakan pegawai JPJ itu yang fasih bercakap dalam bahasa Mandarin amat mengagumkan.

Imza Adeli Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Syafiqah kerana berjaya membantu dua warga China itu sekali gus dapat meningkatkan imej jabatan berkenaan.

Sementara itu, Mohd Hafiz berkata dia kagum dengan wanita kelahiran Perlis itu.

Malah, Zamira turut menyifatkan kepetahan Syafiqah bertutur dalam bahasa Mandarin amat menakjubkan.

JPJ, bahasa Mandarin

Artikel Sebelum

Artikel Lain