suria

Banjir: Lebih 30 Keluarga Dipindah

Banjir di Jalan Kampung Masjid, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Sejumlah 108 orang dari 34 keluarga dipindahkan ke dewan komuniti Teluk Kumbar berikutan paras air yang meningkat di kawasan itu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel Pang Ah Lek berkata, penduduk dari Teluk Kumbar dipindahkan kerana bimbang paras air akan meningkat selepas hujan berterusan tanpa henti sejak awal pagi Khamis.

Ah Lek berkata, tindakan memindahkan mangsa dilakukan kerana hujan dan air pasang dijangka berterusan.

Sementara itu, sebuah lori ais terbabas ke tepi jalan selepas hilang kawalan setelah merempuh penghadang di jalan Tun Dr Lim Chong Eu dekat Quensbay Mall.

Ketika kejadian berlaku, lori itu dipercayai dalam perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang ke sebuah pusat membel-belah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain