suria

Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibawa ke Lokasi

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dipercayai antara suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini dilihat dibawa ke lokasi kejadian kira-kira jam 11.50 pagi Khamis.

Individu itu diiringi anggota Unit Forensik Bukit Aman itu dibawa dalam keadaan bergari dan memakai topeng muka.

Suspek dilihat dibawa ke bahagian belakang bangunan pusat tahfiz itu kira-kira 15 minit sebelum dibawa naik ke atas, tempat asrama yang didakwa dibakar dalam kejadian Khamis lalu.

Terdahulu kira-kira 15 anggota polis dari Unit Forensik Bukit Aman tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada jam 9.45 pagi ini.

Difahamkan, kehadiran Unit Forensik tersebut adalah bagi menjalankan pengimejan tiga dimensi (3D) di pusat tahfiz terbabit.- Sinar Harian


Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

“Mommy Cantik Tapi Hitam”

Artikel Berikut

Artikel Lain