PETALING JAYA: Danial Lokman menafikan khabar angin yang mengatakan abangnya, Datuk Mahadzir Lokman telah meninggal dunia. Danial berkata, Mahadzir masih berada dalam keadaan kritikal. "Doktor masih terus berusaha untuk menstabilkannya," jelas Danial kepada The Star petang Isnin. Dia meminta supaya orang ramai tidak percaya dengan khabar angin yang berkaitan dengan kematian Mahadzir. Danial turut meminta mana-mana pihak yang mengenali Mahadzir supaya mendoakan abangnya supaya cepat sembuh. Pada Ahad, pengacara dan personaliti televisyen popular berusia 60 tahun itu dilapor tidak sedarkan diri kemungkinan berpunca daripada komplikasi buah pinggang dan paru-paru.