suria

Wanita Vietnam Maut Jatuh Dari Stesen Monorel

Wanita warga Vietnam maut setelah jatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel di Jalan Imbi, di Kuala Lumpur. Foto sumber media sosial

KUALA LUMPUR: eorang wanita warga Vietnam maut setelah jatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel di Jalan Imbi, di sini Ahad.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.22 petang.

Katanya, wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20an dipercayai terjun dari tingkat tiga stesen monorel berkenaan.

Pemeriksaan terhadap pasport wanita itu menunjukkan dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu.

Mohd Sukri berkata, tiada unsur jenayah dikaitkan dengan insiden itu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesta Arak Tetap Dilarang

Artikel Lain