suria

Trak Penghantaran Emas Dirompak

BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki merompak sebuah trak penghantaran di luar premis pembekal emas di Jalan Siram pada Isnin.

Kejadian tersebut menyaksikan lebih kurang 10 kilogram emas dengan anggaran bernilai RM2 juta dibawa lari perompak terbabit.

Menurut saksi di tempat kejadian, dua lelaki dari trak penghantaran keluar premis perniagaan yang terletak di tingkat dua pukul 9.30 pagi Isnin ketika tiga suspek yang menaiki sebuah kereta bewarna berhenti di sebelah trak.

Dua suspek bersenjata  kapak dan pisau kemudian turun dan merompak trak tersebut dan melarikan diri dengan dua buah beg berisi emas.

Saksi juga memberitahu,  seorang pegawai keselamatan berlesen yang tiba di tempat kejadian telah melepaskan tembakan ke arah suspek.

Pasukan forensik polis mengawal kawasan tersebut untuk siasatan.

rompak

Artikel Sebelum

Pengasuh Didakwa Dera Bayi

Artikel Berikut