suria

Remaja Biadap: Ibu Bapa Enggan Ambil Tindakan

PETALING JAYA: Ibu-bapa seorang remaja lelaki enggan mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya.

Pada Selasa, video seorang remaja berpakaian sekolah berkelakuan biadap dengan bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya menjadi tular dan mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Laporan tersebut dibuat oleh bapa remaja terbabit berusia 39 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya.

Jelas ACP Hamzah, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi Selasa.

"Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.

"Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama 'Jejaka Sereng'.

"Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya.

"Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan lewat malam Selasa.

Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.

Remaja Biadap, Negatif dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain