suria

Riot Beri Keterangan 10 Jam Di SPRM

Riot diiringi pegawai SPRM selepas memberi keterangan berhubung penyelewengan PTPK malam Jumaat. fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pada Jumaat memberi keterangan kira-kira 10 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana RM40 juta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Riot, 66, dengan berkemeja putih dengan bertali leher merah tiba di bangunan SPRM  pada 10.03 pagi dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM selepas 8 malam.

Ditemui pemberita yang menunggu di lobi selepas memberi keterangan, Riot yang kelihatan penat  berkata, "Saya datang untuk membantu siasatan SPRM... tiada dokumen diserahkan. Saya datang dengan tangan kosong.

”Ditanya kenapa mengambil masa panjang untuk memberi keterangan, beliau enjawab “itu biasa sahaja” sebelum beredar dengan kenderaan yang menunggu di perkarangan bangunan SPRM itu.

Pada Khamis, setiausaha politik Riot, Datuk Peter Runin direman enam hari bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 13 September lepas, SPRM juga menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk berhubung isu penyelewengan itu.

Kesemua individu terbabit yang direman enam hari bermula 14 September lalu masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. - BERNAMA

SPRM, Richard Riot

Artikel Sebelum

Masurati Maut Ditembak Polis

Artikel Berikut

Bukan Najis Anjing, Tapi...

Artikel Lain