suria

Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’, SKMM Siasat Jika Ada Aduan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat kandungan iklan berbaur lucah yang disebarkan dalam talian sekiranya menerima aduan atau laporan khusus berkaitan.

Suruhanjaya itu berkata demikian dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat berhubung iklan yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri yang dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki, kini tular di media sosial.

Menurut kenyataan itu, SKMM menguatkuasakan peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.  

"Tindakan siasatan dan penguatkuasaan akan diambil oleh SKMM sekiranya wujud elemen kesalahan di bawah peruntukan terbabit,” menurut suruhanjaya itu.

Selain dialog, menerusi video berdurasi 1 minit dan 22 saat itu turut memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi seks, yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Cetus Kontroversi

Terdapat adegan si suami dipaksa tidur di luar bilik selepas pertengkaran itu, disusuli narator yang berkata: “Suami sering tertekan sehingga buah menjadi pilihan isteri.”

Antara komen netizen yang berang dengan penyiaran iklan tersebut.

Dalam pada itu, SKMM menyarankan netizen supaya merujuk kepada garis panduan yang disediakan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sebagai langkah untuk beretika dalam penggunaan internet. 

“Kod ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk mengenal pasti kandungan yang mengancam, jelik, sumbang, lucah dan palsu,” menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’

Pada Jumaat, mStar Online melaporkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya di Internet, tetapi ia sepatutnya dipantau pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.

“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya kepada portal berita ini berhubung iklan berbaur lucah tersebut.

SKMM, PPIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Video Produk Kecantikan Dikecam

Artikel Lain