suria

Bingit Punca Tikam Rakan

ISKANDAR PUTERI: Akibat leka dengan permainan video yang terlalu bising hingga mengganggu ketenteraman rakannya, seorang warga Indonesia cedera ditikam pada telinga dan leher.

Rakan sekerjanya gagal mengawal kemarahan kerana mangsa membuat bising di asrama pekerja di Taman Nusa Bestari, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 39 tahun itu berang dengan bunyi bising dari bilik mangsa.

Suspek pergi ke bilik mangsa yang berusia 20-an dan menyerangnya menggunakan pisau lipat pada pukul 7 pagi Selasa.

"Selepas kejadian suspek kembali ke biliknya dan tidur semula.

"Mangsa mengalami luka kira-kira empat sentimeter dibelakang telinga kiri serta luka dilengan kiri, bagaimanapun dua lagi rakan mangsa turut bermain permainan video tidak mengalami kecederaan," katannya pada sidang media, Selasa.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapat rawatan.

Siasatan mendapati suspek tidak dibawah pengaruh dadah, bagaimanapun dia ditahan reman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain