suria

Ais Tingkap Hanya Di Pulau Pinang

PADA 1919, seorang peniaga di Pulau Pinang mula menjual air campuran istimewa dari tingkap kedainya.

Sejak dari itu, lahirlah nama Ais Tingkap.

Walaupun zaman 'kaunter tingkap' mungkin sudah lama berakhir, kini ia diganti dengan gerai penjaja yang lebih tersusun tetapi nama tersebut kekal popular sehingga ke hari ini.

Hanya RM2 untuk segelas Ais Tingkap, minuman istimewa itu diperbuat daripada bahan asas seperti campuran ais yang diparut dan air kelapa yang dicampur dengan sirap ros.

Menurut adik-beradik Mohamed Asri dan Mohamed Taufique Seeni Mohamed, rasa istimewa minuman itu adalah hasil campuran herba dan rempah-ratus.

Selain daripada aroma bunga-bungaan, rempah kayu manis dan serai juga dapat anda rasai.

"Anda juga boleh nikmati herba lain seperti kembang semangkuk, biji basil dan getah anggur yang dicampur untuk memberi kesan penyejukan," kata Mohamed Asri.

Penjaja yang menjual Ais Tingkap itu sebelum ini adalah datuk kepada adik-beradik tersebut.

Mohamed Asri dan Mohamed Taufique Seeni Mohamed merupakan generasi ketiga yang mengambil alih perniagaan itu daripada bapa mereka.

Ais Tingkap hanya boleh diperolehi di Jalan Tamil, bersebelahan Pasar Chowrasta di Pulau Pinang.

Ia dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 7 malam.

Ais Tingkap

Artikel Sebelum

Kes TLDM: Reman Dilanjutkan

Artikel Berikut

Artikel Lain