suria

Didenda RM2,500 Hantar Video Lucah Kepada Rakan

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar video lucah kepada rakan sekerjanya, seorang penjaga tempat letak kenderaan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Prabakaran, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 37 tahun dengan menghantar empat video lucah.

Prabakaran didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini pada 20 dan 26 Mei serta 27 Jun lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dia membayar denda itu. - BERNAMA

video lucah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain