suria

Jakim Mohon Perkenan Menghadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan segera memohon perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkaitan isu melibatkan pegawai kader Jakim, Zamihan Mat Zin.

Othman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Jakim amat menyanjung tinggi titah Sultan Ibrahim berkaitan dengan jabatan itu.

"Justeru, saya selaku Ketua Pengarah Jakim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan segera memohon perkenan untuk mengadap Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan Mat Zain pegawai kader Jakim di Penjara Kajang yang menyampaikan ceramah menyentuh tentang dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial," katanya.

Zamihan yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) direman selama dua hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman, Beliau yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, dibebaskan dengan jaminan polis pukul 2 petangSabtu. - Bernama

Jakim, Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain