MANILA: Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzo mengesahkan dua pemimpin utama di sebalik konflik yang berlarutan selama beberapa bulan di Marawi telah terbunuh. Dua pemimpin yang dipercayai maut adalah Isnilon Hapilon dan Omar Maute. Namun maklumat terperinci mengenainya tidak dinyatakan. Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah membuat sumpah kesetiaan untuk kumpulan militan IS. Bagaimanapun bekas profesor Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad dipercayai masih hidup. Dr Mahmud, Hapilon dan Omar merupakan antara dalang utama konflik pertempuran di Marawi pada 23 Mei lalu. Konflik di antara kerajaan Filipina dengan kumpulan bersenjata itu bermula pada 23 Mei lalu apabila pihak berkuasa cuba untuk menahan Hapilon. Kumpulan itu juga berjuang untuk mengasaskan sebuah wilayah IS di Marawi.