suria

Isteri Kudung Susah Bergerak Rumah Sempit

Sarimah dan suaminya, Ahmad terpaksa tinggal di pondok terbuka untuk memudahkannya bergerak. - Sinar Harian

KUALA SELANGOR: Susah untuk bergerak dengan kaki kiri kudung dalam rumah yang sempit membuatkan pasangan suami isteri tinggal di pondok terbuka dengan keadaan serba kekurangan di Kampung Asahan, di sini.

Lebih menyedihkan, rumah PPRT tiga bilik yang dihuni empat anaknya bersama empat cucu itu terlalu padat manakala seorang lagi anak perempuannya yang sudah berkahwin tinggal di pondok kecil bersebelahan rumah itu.

Pendayung sampan, Ahmad Salleh, 62, berkata, hidupnya yang bergantung hasil upah mendayung sampan itu mengehadkannya untuk mengubah suai ruang bilik yang sempurna untuk isterinya.

"Isteri terpaksa mengesot kalau nak ke mana-mana sebab susah nak guna kerusi roda dalam rumah sempit…terpaksalah buat ruang terbuka macam pondok macam ni untuk isteri mudah nak gerak.

"Bukannya ada duit sangat nak buat bilik baru sebab bergantung dengan upah mendayung...kalau dapat bantuan buat bilik siap bilik air untuk isteri, itu sudah cukup memadai," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh datang terus ke PPRT 78, Batu 8 Kampung Asahan, di sini atau menyalurkan bantuan ke akauan Maybank 112139037774 atas nama Sarimah Samad. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Bahan Bakar Naik 1 Sen

Artikel Lain