KOMUNITI Bugis di negara ini terguris dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan masyarakat itu dengan 'lanun'. Mereka mahu bekas perdana menteri itu menarik balik kenyataannya yang dibuat pada perhimpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu lalu.