suria

Dr Mahmud: Tunggu Maklumat Keselamatan Filipina - Fuzi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan Filipina susulan laporan kematian militan kelahiran Malaysia, Dr Mahmud Ahmad dalam pertempuran dengan tentera di Marawi City, tengah malam Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan tersebut sebelum mendapat maklumat terperinci identiti sebenar militan yang terbunuh itu.

"Kita (PDRM) akan berhubung dengan pihak keselamatan Filipina untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang laporan kematian Mahmud Ahmad di Marawi sebelum sebarang pengesahan dapat dibuat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Khamis.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, menurut tentera Filipina,  Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam Rabu, yang turut mengorbankan 13 pemberontak.

Menurut laporan itu, bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai gerakan militan di Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.- Bernama

Fuzi, Mahmud

Artikel Sebelum

'Abang Hilux' Sila Serah Diri

Artikel Lain