SALAH seorang mangsa yang terselamat, Nor Shakirah Ishak, 40, tidak dapat melupakan saat rakan baiknya, Noriah Kasa mengadu kesakitan akibat tersepit selepas bas kilang yang mereka naiki terlibat kemalangan. Noriah adalah antara lapan mangsa yang maut dalam insiden berdekatan Plaza Tol Juru, awal pagi Selasa.