suria

Juruelektrik Tumbuk Juruwang Dipenjara Sebulan

PETALING JAYA: Seorang juruelektrik berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara selama sebulan kerana menumbuk seorang juruwang warga Bangladesh di sebuah kedai serbaneka di Damansara pada Jun lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Waliq Abdul Wahab mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Majistret itu mengarahkan agar hukuman tersebut dijalankan bermula Rabu.

Abdul Waliq dituduh melakukan perbuatan menumbuk Rubel yang berusia 28 tahun pada pukul 6.20 pagi, 19 Jun.

Dalam mitigasi, Abdul Waliq berkata bahawa perbuatan tersebut adalah kesalahan pertamanya dan turut meminta agar hukuman itu diringankan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik meminta agar pihak mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa selepas ditumbuk di bahagian muka gara-gara tidak memberikan tertuduh kad pra-bayar telefon bimbit.

Berdasarkan fakta kes itu, tertuduh masuk ke kedai untuk membeli kad pra-bayar untuk telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, Rubel enggan memberi Abdul Waliq kad tersebut kerana tertuduh tidak membayarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jom Makan Durian Di Bentong

Artikel Lain