suria

Habuan RM1,500 Penjawat Awam

PETALING JAYA: Penjawat awam bakal menerima bayaran khas sebanyak RM1,500 pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata, bayaran itu adalah bagi menyanjung tinggi kesetiaan penjawat awam dalam mendukung kemajuan negara.

"Bayaran ini akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 oada awal Januari 2018, dan RM500 lagi akan diberikan menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada petang Jumaat.

Manfaat sama turut diterima pesara kerajaan apabila bakal menerima RM750 iaitu diagihkan secara berperingkat iaitu bayaran RM500 untuk Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Bajet 2018, penjawat awam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kecoh Najib Umum Mansuh Tol

Artikel Lain