suria

'Datuk Seri' Pukul Anggota Rela Diarah Serah Diri

Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong (kiri) bersama tiga anggota Rela yang didakwa dipukul oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri pada sidang media, Sabtu. Foto SYED AZAMUDDEN/The Star

KAJANG: Polis telah mengenal pasti 'Datuk Seri' yang didakwa memukul tiga anggota Rela semasa bertugas, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu mengarahkan lelaki berkenaan supaya menyerahkan diri kepada polis secepat mungkin.

"Saya ingin menekankan bahawa setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-undang, tidak kira sama ada anda mempunyai gelaran atau tidak.

"Bergelar Datuk bukan lesen untuk berkelakuan sedemikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Penjara Kajang pada Ahad.

Kejadian tiga anggota Rela dipukul berlaku pada pagi Jumaat dekat sebuah kuil di Ampang, apabila kereta milik Datuk Seri itu menghalang lalu lintas.

Insiden yang dirakaman itu menunjukkan seorang lelaki memukul anggota Rela, tanpa membalasnya.

Rela

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain