suria

'Datuk Seri' Direman Empat Hari

AMPANG: Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' direman empat hari bermula Selasa berhubung dakwaan memukul tiga anggota Rela dekat sini, Jumaat lalu.

Pada Isnin, lelaki tersebut telah menyerah diri kepada pihak polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek berusia 29 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.



Datuk Seri

Artikel Sebelum

10 Nyaris Maut

Artikel Berikut

Kecoh Wanita Hayun Budak!

Artikel Lain