PENUNTUT sebuah kolej vokasional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah ke atas seorang pegawai polis ketika perlawanan akhir bola sepak antara Melaka dan Kelantan di Stadium Hang Jebat pada 28 Oktober lalu. Bagaimanapun, Zarif Zainordin, 19, yang berasal dari Bukit Baru mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu.