suria

Siapa Kurus Boleh Terbang!

Azim (baju hitam) bersama peserta kecergasan di gimnasiumnya.

NAK kelihatan cantik dan cergas bukannya mudah, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang selalu sibuk dengan pelbagai rutin harian.

Pelbagai produk kesihatan atau ubat kurus digunakan demi mendapatkan susuk tubuh yang kurus dan ramping.

Bagaimanapun pengambilan pil-pil diet tidak menjamin kesihatan dan mungkin menimbulkan kesan sampingan atau memudaratkan kesihatan.

Berikutan permintaan yang positif, sebuah gimnasium yang dikenali Fitness Factory sentiasa mengadakan program kecergasan, khasnya kepada golongan wanita yang mahu kelihatan segar dan cantik.

Pemiliknya yang juga pengarah kecergasan di gimnasium tersebut Azeem Yasmin,27, memberitahu program yang dijalankan Fit n Fly mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Gimnasium ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan ia agak berbeza dengan pusat kecergasan yang lain.


"Selain menyediakan peralatan kecergasan yang lengkap, kami juga memberi perkhidmatan pelatih peribadi kepada pelanggan yang memerlukannya.

"Lebih berbeza, kami menganjurkan program Fit n Fly kepada yang berjaya mencapai sasaran berat badan yang diidamkan.

"Kami akan bagi tempoh selama bulan dan sekiranya mereka berjaya, hadiah tiket penerbangan akan diberikan.

"Setakat ini sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mereka dan pergi bercuti di dalam  dan luar negara Asean," ujarnya kepada mStar Online.

Azeem (kiri duduk) bersama salah seorang jurulatih peribadi S. Khairi serta Rosezanah (kanan, berdiri).

Dalam pada itu juga Azeem yang lebih tujuh tahun bertugas sebagai pelatih peribadi mengakui lebih ramai pelanggan wanita yang hadir mengikuti program ini.

"Selain Fit n Fly kami juga menyediakan kelas zumba, 'kick-boxing', muay-thai, pemakanan sihat dan sebagainya.

"Pada Hari Sukan Negara (HSN) bulan lalu, Fitness Factory telah menganjurkan program zumba yang menyaksikan kehadiran lebih kurang 400 orang peserta.

Peserta zumba yang dianjurkan Fitness Factory bulan lalu. Foto kredit: Fitness Factory

"Kami yakin program seperti ini akan terus dianjurkan memandangkan ia adalah trend kecergasan pilihan golongan wanita," ujar pemilik bersama, Rosezanah Ros Affandey.

Mengenai yuran,  Fitness Factory yang beroperasi di 71B Jalan PJS 1/48 Taman Petaling Utama, Petaling Jaya mengenakan bayaran sebanyak RM250 sebulan untuk 12 kali kehadiran dalam mana-mana program disediakan.

Fitness Factory

Artikel Sebelum

Lelaki Tendang Wanita Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain