suria

Isteri ‘Kantoi’ Dengan Rakan Sekerja

SEORANG anggota polis membuat laporan ke atas isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

China Press melaporkan, suami wanita itu menangkapnya ketika dia bersama dengan seorang polis lelaki di sebuah rumah di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pukul 5 petang, pada Ahad.

Laporan itu memetik sumber berkata, suami wanita itu sudah mengesyaki kecurangan isterinya dan bertindak untuk mengekori wanita itu.

"Dia mengikuti isterinya ke Jalan Sungai Besi pada pukul tiga petang hari kejadian. Dia melihat isterinya berjumpa lelaki itu sebelum mereka kembali ke rumahnya di Sri Petaling.

"Cubaan lelaki itu untuk membuka pintu gagal kerana isterinya sudah menukar kunci lalu dia mengumpil pintu itu.

"Lelaki itu terkejut melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel dengan kekasih gelapnya," ujar sumber itu lagi.

Lelaki itu dikatakan mengambil gambar dua pasangan itu sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, lelaki itu juga berharap pihak atasan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota polis itu.

polis, skandal, bini

Artikel Sebelum

Bajet 2018: Bukan Hanya Bayar Gaji

Artikel Berikut

Artikel Lain