suria

Penumpang Terkandas, Pemandu Bas Hilangkan Diri

IPOH: Kira-kira 35 penumpang sebuah bas ekspres terkandas di sebuah stesen minyak yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Simpang Pulai dekat sini selepas pemandu bas terbabit 'menghilangkan diri'.

Rakaman CCTV yang diambil dari stesen minyak tersebut menunjukkan pemandu bas terbabit menaiki bas ekspres lain dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Pemandu terbabit memberitahu penumpang bahawa bas dua tingkat itu akan berhenti di RnR tersebut selama 20 minit apabila tiba di sana kira-kira pukul 2 pagi Jumaat.

Namun sejam selepas pemandu terbabit hilang, beberapa penumpang yang terjaga pergi mencarinya tetapi tidak berjaya.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap syarikat bas terbabit yang enggan dinamakan berkata mereka masih menyiasat punca pemandu itu tidak meneruskan perjalanannya.

Malah, katanya, telefon bimbit pemandu itu turut dimatikan.

Syarikat itu bagaimanapun telah menghantar seorang pemandu dari Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan bas tersebut.

"Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang penumpang kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengambil langkah serta-merta untuk memastikan pemandu ganti tiba di lokasi kejadian," katanya.

bas ekspres, terkandas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sedap, Kenyang Walau RM1

Artikel Lain