suria

Sultan Johor Lawat Loji Air Gunung Pulai

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa melawat Loji Air Gunung Pulai, Johor Bahru pada Sabtu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook pada Ahad, Pejabat Media Diraja berkata, Sultan Johor melakukan lawatan mengejut ke loji berkenaan.

"Tuanku berjalan di sekitar kawasan bagi memeriksa kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan yang berusia 94 tahun itu.

"Baginda juga diberi taklimat mengenai operasi loji oleh Presiden SAJ Ranhill Sdn Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan empangan itu dibina pada 1924 dan dapat menampung kapasiti 1,220 juta gelen (4.618 bilion liter) air.

Kemudahan itu dibina ketika zaman Almarhum Sultan Ibrahim, iaitu moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang.


Sultan Johor, Gunung Pulai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain