suria

Barang Kemas, Wang Tunai Dijumpai Dalam Timbunan Sampah

Antara gambar yang tular di media sosial.

GEORGE TOWN: Barang kemas dan wang tunai antara yang dihanyutkan air ketika banjir melanda beberapa kawasan dekat sini baru-baru ini.

Beberapa keping gambar barangan berharga itu yang dikatakan ditemui petugas Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) disebalik timbunan sampah semasa operasi pembersihan banjir dilakukan tular di media sosial.

Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad berkata mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan barang kemas atau wang tunai di sebalik timbunan sampah.

"Tiada laporan diterima setakat ini dan pegawai kami sedang meneliti perkara tersebut," katanya.

Antara barang kemas yang didakwa ditemui petugas MPSP.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menaruh kepercayaan penuh terhadap MPSP kerana pihak majlis berkuasa tempatan itu tidak akan menyembunyikan penemuan barangan berharga seperti didakwa.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tun Seang berkata tiada pekerja MBPP melaporkan mengenai penemuan tersebut setakat ini.

"Jika ada, kita akan mengklasifikasikannya sebagai harta hilang dan ditemui serta akan cuba mencari pemiliknya. Sebagai usaha terakhir, kami akan menyerahkan barang tersebut kepada polis," katanya.

Antara gambar yang tersebar termasuk beberapa ikat duit RM100 yang disimpan di dalam kertas putih yang terkoyak dan juga dompet kosong.

barang kemas, wang tunai, banjir

Artikel Sebelum

Facebook Palsu - Dr Noor Hisham

Artikel Berikut

Dibunuh Angkara Main Cinta

Artikel Lain