KULAI: Polis mengenal pasti tempat persembunyian tiga suspek utama dalam kes dua budak perempuan yang dilacurkan oleh ibu sendiri. Ketua Balai Polis Daerah Kulai, Superitendan Razak Md Said berkata, suspek merupakan teman lelaki ibu mangsa dan dua lelaki Bangladesh berusia 30-an. "Pemeriksaan menunjukkan bahawa suspek bersembunyi di suatu tempat di Johor dan di negeri-negeri lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Isnin. Razak berkata, ibu pejabat kontinjen (IPK) polis Johor dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya. "Kami telah mengenal pasti tempat persembunyian mereka dan sudah memaklumkan beberapa agensi kerajaan untuk memastikan suspek tidak akan meninggalkan negara ini," kata Razak. Pada Isnin, ibu tunggal berumur 39 tahun itu memaksa dua anak perempuannya, masing-masing berumur 10 dan 13 tahun untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki-lelaki warga Bangladesh. Dia dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh mahkamah sesyen di sini. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.