suria

Lagi Bangkai Gajah Pygmy Borneo Ditemui

KOTA KINABALU: Lagi bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui dekat ladang kelapa sawit di Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau pada Selasa lalu.

Bagaimanapun semasa ditemui bangkai gajah tersebut masih mempunyai gading.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga pada Khamis berkata gajah tersebut dipercayai ditembak mati di lokasi berbeza tetapi berjaya melepaskan diri.

Bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang yang bertindak memaklumkan renjer hidupan liar mengenai perkara tersebut.

Penemuan bangkai tersebut merupakan pembunuhan terbaharu membabitkan spesies terancam yang jumlahnya kurang 2,000 ekor di sekitar hutan di Sabah.

Pada 10 September lalu, seekor bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui dekat Dumpas, Kalabakan.

Dua minggu kemudian, seekor bangkai gajah turut ditemui hanyut di Sungai Kinabatangan dekat Pusat Lapangan Danau Girang.

Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa gading.

gajah Pygmy Borneo

Artikel Sebelum

Suspek Rapat Dengan Keluarga

Artikel Berikut

Artikel Lain