suria

Nota ‘Jangan Pecah Pintu’ Untuk Pencuri

Paparan skrin daripada rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pencuri memasukkan objek untuk membuka bidai premis.

PEMILIK kedai di Klang nampaknya sudah muak dengan perbuatan pencuri yang merosakkan pintu premis mereka dan sanggup meninggalkan nota  kepada pencuri, 'merayu' agar mereka tidak lagi berbuat begitu.

Ada antara pemilik premis yang meninggalkan pintu tidak berkunci kerana kerosakan yang dialami lebih merugikan berbanding barangan yang dicuri.

Kawasan yang sering mengalami kecurian adalah Bandar Bukit Tinggi, Taman Bayu Perdana, Bandar Botanic, Southern Park dan Taman Sentosa.

Mereka mendakwa mengalami 100 kes pecah masuk dalam tempoh tiga bulan lalu dan mangsa-mangsa sudah mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit dalam bentuk wang tunai dan barangan berharga termasuklah kerosakan harta benda.

Tinjauan oleh StarMetro mendapati pencuri terbabit memotong palang pembahagi bidai premis untuk memasuki kedai berkenaan.

Sejak kejadian itu berlaku, pemilik kedai tidak boleh tidur nyenyak kerana kejadian pecah masuk berlaku hampir setiap hari.

Mangsa terbaharu, Jimmy Tan yang mengusahakan kedai pakaian uniform di Taman Bayu Perdana berkata, dia tidak bernasib baik kerana kejadian pecah masuk berlaku hanya beberapa minit selepas dia meninggalkan kedainya pada pagi Khamis.

Nota yang ditinggalkan oleh salah seorang pemilik premis di Klang.

Selepas bekerja pada sepanjang malam, Tan memberitahu bahawa dia meninggalkan kedai pada pukul 5.30 pagi dan kemudiannya menerima panggilan telefon daripada seorang jiran untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Kata Tan, jirannya baru sahaja membuka kedai nasi ayam pada pukul 6.30 pagi ketika wanita itu menyedari pintu kaca dan bidai kedai Tan dirosakkan.

"Saya kehilangan RM1,000 dan sebuah komputer riba termasuk perisian bernilai RM20,000," katanya.

Tan sebenarnya telah membiarkan bidai kedainya tidak berkunci sebagai 'persediaan' terhadap kejadian pecah masuk, namun penceroboh tersebut tidak menyedarinya.

Anggota Majlis Perbandaran Klang, Tony Leong berkata, pencuri di kawasan itu sudah mahir kaedah membuka pembahagi bidai premis dalam tempoh seminit sahaja.

"Dalam kebanyakan kes, penceroboh hanya membawa lari wang tunai dan barangan berharga seperti komputer riba dan elektronik," katanya.

Kata Leong, kejadian pecah masuk biasanya berlaku pada awal pagi.

Susulan kejadian itu, seorang peniaga bertindak meninggalkan nota bahasa Inggeris dan Mandarin: "Pintu dibuka, tiada apa di dalam. Jangan ketuk (pecahkan) pintu."

pecah masuk, Klang

Artikel Sebelum

Anak Kandung Kot!

Artikel Berikut

Artikel Lain