suria

Suspek Ketiga Serangan Di Surau Ditahan

PETALING JAYA: Suspek ketiga serangan molotov cocktail di sebuah surau di Damansara Damai dekat sini ditahan polis.

Suspek ditahan pada kira-kira pukul 7 malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan penahanan itu berkata, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Terdahulu, dua suspek ditahan dan direman sehingga 28 November.

Serangan molotov cocktail berlaku pada kira-kira 6.15 pagi, selepas jemaah selesai menunaikan solat subuh.

Botol yang mengandungi bahan mudah terbakar yang dipercayai minyak tanah itu, tidak meletup tetapi menyebabkan kebakaran kecil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Artikel Lain