suria

Festival Durian: Hotel Di Bentong Penuh

PETALING JAYA: Bilik-bilik hotel di Bentong telahpun penuh menjelang penganjuran Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia dan cuti sekolah pada minggu ini.

Beberapa buah hotel dikatakan telah menutup tempahan menerusi atas talian awal bulan ini bagi mengelakkan lebihan dan sesetengan hotel telah pun ditempah penuh.

Seramai 50,000 orang dijangka berada di Bentong dan situasi ini menyebabkan mereka yang gagal mendapat bilik hotel terpaksa mencari penginapan lain seperti inap desa (homestay).

Mereka yang akan ke sana sebilangan besarnya adalah penggemar durian yang tidak sabar untuk menikmati raja buah itu.

Koo Teng Yeng dari EV Hotel di Bentong berkata, polisi hotel memerlukan mereka menyimpan beberapa bilik bagi mereka yang datang secara 'walk-in'.

Namun, semua bilik sudah pun penuh ditempah.

"Dengan musim cuti sekolah lagi, ada beberapa kumpulan pelancong yang akan datang.

"Selain pelancong tempatan dan luar negara, ada juga pelumba-pelumba basikal yang akan datang ke sini," ujarnya.

Festival Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain