suria

Hafizudin, Pesakit Kanser Otak Meninggal Dunia

SUNGAI PETANI: Pesakit kanser otak tahap empat, Muhammad Hafizudin Alias, 11, yang kisahnya mendapat perhatian sebelum ini kerana menyimpan impian menaiki kereta BMW, meninggal dunia di rumahnya, Kampung Baru, Sungai Lalang, di sini, Jumaat.

Sukarelawan, yang sering membantu kanak-kanak itu, Nor Hashimah Abu Hassan, 31, ketika dihubungi, berkata, Muhammad Hafizudin atau lebih mesra dengan panggilan Hafiz, menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu bapa dan anggota keluarganya pada jam 3.55 petang Jumaat.

"Saya juga berkesempatan menatap wajahnya sebelum dia menutup mata, kerana memang kebetulan berada bersama keluarga terbabit.

"Anggota keluarganya memaklumkan bahawa jenazah Hafiz dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena, esok (Sabtu)," katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Alias Saleh, 43, dan Husna Naut, 43, itu disahkan menghidap kanser otak pada Januari 2013.

Namun dia terlantar sejak lebih sebulan lalu dan hanya mampu makan dan minum menerusi tiub khas.

Bernama sebelum ini melaporkan Hafiz berhasrat menaiki kereta mewah, BMW berwarna putih.

Hasratnya itu tertunai pada Sabtu lalu apabila Sime Darby Auto Bavaria mengambil inisiatif memenuhi hasrat itu, dengan membawanya bersiar-siar menaiki kereta BMW i8.

kanser otak

Artikel Sebelum

Tangani Obesiti Pelajar

Artikel Berikut

Artikel Lain