suria

Budi Bicara Hukuman Mati Hak Mutlak Hakim

Orang Kurang Upaya (OKU) Muhamad Samri Hashim dan kekasihnya Salina Dtiauddin, 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi dengan menaiki van, setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, tahun lalu. - Bernama

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 yang bertujuan untuk mengembalikan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah kes dadah sebenarnya memberikan kuasa kepada pendakwa raya; kata hakim bersara, peguam bela anti hukuman mati dan Majlis Peguam Malaysia.

Rang Undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Khamis, bertujuan memberi kuasa kepada hakim dengan budi bicara untuk mengenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali bagi kes melibatkan pengedaran dadah.

Buat masa ini, sabitan pemerdagangan (dadah) akan menjatuhkan hukuman mati mandatori.

Menurut Penyataan Penjelasan kepada Rang Undang-Undang, "budi bicara" hanya tertumpu dalam keadaan berikut: "Tiada jual beli dadah berbahaya ketika ditahan dan tidak melibatkan agen 'provocateur'.

"Penglibatan yang hanya terhad kepada keldai dadah dan timbalan pendakwa raya memperakui bahawa orang yang disabitkan telah membantu untuk menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di dalam atau di luar Malaysia."

Hakim bersara Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, cadangan pindaan itu melanggar doktrik pemisahan kuasa.

"Undang-undang yang menyingkirkan atau mencampuri "budi bicara" kehakiman dalam aspek menjatuhkan hukuman adalah satu pencabulan terhadap doktrin pemisahan kuasa.

"Yang mana satu struktur asas Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 4 (1). Terdapat banyak keputusan mahkamah Komanwel yang menyokong pandangan ini," kata beliau.

Sementara itu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Shaik Daud Ismail berkata, hakim perlu diberikan budi bicara mutlak untuk menjatuhkan hukuman.

"Ia tidak boleh dilakukan dengan keinginan dan permintaan timbalan pendakwa raya.

"Ini menyusahkan disebabkan proses membuat keputusan oleh timbalan pendakwa raya tidak diterangkan atau ditakrifkan dalam Rang Undang-undang, agak membimbangkan kerana proses itu boleh menjadi legap, tidak tertakluk kepada semakan, dan mungkin terbuka kepada penyalahgunaan," katanya.

hukuman mati mandatori

Artikel Sebelum

Artikel Lain