suria

Kelindan Lori Didakwa Rogol Dua Kanak-Kanak

KUANTAN: Seorang kelindan lori didakwa atas dua pertuduhan rogol di Mahkamah Sesyen di sini.

Mohd Azhar Sharidan, 25, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol dua kanak-kanak masing-masing berumur empat dan lapan tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Suspek didakwa merogol salah seorang kanak-kanak berusia empat tahun di tangki air di Taman Mahkota Aman Batu 11 di sini, pada Mei lalu.

Lelaki itu juga dituduh merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit di Taman Mahkota Aman Batu 11 pada Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat.

Pada prosiding itu, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili Mohd Hamizey Mat Taib.

Shahrul Ekhsan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin sehingga kes kerana kesalahan dilakukan adalah serius dan dibimbangi akan mengganggu mangsa serta ahli keluarga mereka yang juga jiran kepadanya.

Pihak pembelaan meminta mahkamah membenarkan ikat jamin kerana tertuduh mempunyai masalah lembam atau kesukaran belajar.

Unaizah tidak membenarkan ikat jamin kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan menetapkan 5 Januari ini untuk sebutan semula kes.

rogol

Artikel Sebelum

#KitaLawan: Adam Adli Bebas

Artikel Berikut

Artikel Lain