suria

ASFA50 Musang King Berstatus Diraja

KUALA LUMPUR: Durian Musang King kini dinaikkan taraf apabila berstatus diraja menerusi penghasilan baka ASFA50.

Durian diraja ini akan diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 perkahwinan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Pemilik syarikat pemasaran utama ASFA50, Ferri Anugerah Makmur berkata, kelebihan pada baka ini adalah ia tidak berbau kuat dan tempoh matannya lebih pendek.

Katanya, jika Musang King memerlukan sehingga sembilan tahun untuk hasilnya dituai, kini ASFA50 hanya mengambil masa tiga tahun sahaja.

"Rasa serta kualitinya mampu menyaingi kehebatan Musang King terutama dalam kalangan rakyat China dan juga Eropah," katanya.

ASFA50 ditanam syarikat milik Tuanku Syed Sirajuddin dan pada Mei lalu, ASFA50 telah diwartakan sebagai buah diraja Perlis.

Kata Ferri, pihaknya masih menjalankan penyelidikan di tanah seluas 50 hektar di utara tanahair dan ia dijangka mendatangkan hasil pada 2020.

Menutunya, baka tanaman itu hanya setinggi lima meter dan dua meter lebar serta mampu berbuah dua kali setahun.

Katanya, baka durian itu dihasilkan warga Thailand yang lahir di negara ini selepas 30 tahun cuba menghasilkan klon itu.

"Ia kombinasi Musang King, Udang Merah, Durian Tembaka dan Black Thorn," katanya.

Mengenai harga, setakat ini ASFA50 dijual RM60 sekilogram dan jumlah itu mungkin diturunkan jika permintaannya meningkat.




Musang King, Ferri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain