PETALING JAYA: Sebuah majlis perkahwinan yang pada mulanya meriah bertukar 'kecoh' apabila pengantin lelakinya tiba-tiba hilang. Pengantin lelaki berkenaan, Hafiz Mahamat mengalami sakit perut selepas majlis pernikahannya Jumaat lalu, tetapi keadaan itu berlarutan sehingga hari persandingannya, Sabtu. Hafiz hilang ketika tiga maskot iaitu singa, ayam dan watak filem animasi Frozen, Olaf muncul membuat persembahan berlatarkan lagu yang kini menjadi kegilaan ramai, Baby Shark di hadapan pelamin. I never stop to make you happy . Kesian isteri ni sampai nak menangis sebab kena tipu ? . Selesai je nikah, kita berlakon sakit perut and malam tu sengaja buat buat sakit perut. Dia punya risau sampai bawak minyak angin malam tu . Esok hari sanding, berlakon sakit perut jugak sampai muntah muntah. Time makan meja beradab, aku cakap dengan parents & isteri yang perut ni dah tahan. Abah dengan mama bukan main risau sampai tak kasi makan yg berminyak time makan tu. so aku terus keluar cakap nak gi tandas . Tambah pula crew @dlovenphotolover inform dekat family and aina yang kita sakit teruk, tapi majlis harus kena teruskan. MC panggil si isteri ni untuk potong cake, Aina terus nak nangis sebab keadaan kita teruk & dia kena potong cake sorang sorang ? . Lepas je surprise, SEMUA CAKAP PENGANTIN NI GILA. MANA ADA PENGANTIN LARI DARI SANDING ? . ALL I WANT IS A MOMENT THAT WE CAN REMEMBER UNTIL OUR LAST BREATH . Official photographer @dlovenphotolover Lead Videographer & Editor : @m_amirulfirdaus Assistant Videographer : @emir_rafaie & @radziart @maznurhafiqa A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on Nov 29, 2017 at 2:01am PST Tarian yang mencuit hati itu sedikit-sebanyak mampu menghilangkan kegusaran pengantin perempuan yang bimbangkan keadaan suaminya yang dia percaya ketika itu pergi ke tandas. Tetapi dia kemudiannya dikejutkan dengan tindakan maskot singa yang menanggalkan bahagian kepalanya. Rupa-rupanya maskot singa tersebut adalah suaminya sendiri. Apa yang berlaku ini adalah satu lagi episod kejutan Hafiz, seorang pemuda romantik yang popular di media sosial kerana sering membuat kejutan demi kejutan untuk buah hatinya. ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang Limosin' Akhirnya Nikah, Tunggu Kejutan Seterusnya! "Selesai je nikah, kita berlakon sakit perut and malam tu sengaja buat buat sakit perut. Esok hari sanding, berlakon sakit perut juga, sampai muntah muntah. “Semasa makan meja beradab, aku cakap dengan parents dan isteri yang perut ni dah tahan. Abah dengan mama bukan main risau sampai tak kasi makan yang berminyak masa makan tu. Jadi, aku terus keluar cakap nak ke tandas,” katanya dengan memuat naik video berkenaan di laman sosialnya di Instagram pada Rabu. “Lepas je kejutan, semua cakap pengantin ni gila. Mana ada pengantin lari dari bersanding,” tambahnya. Hafiz membuat kejutan kepada isterinya dengan memakai maskot singa. Foto instagram syafiqahaina Bercakap kepada mStar Online, Hafiz berkata, idea untuk menjadi maskot itu dirancang bersama pasukan jurugambar dua minggu sebelum majlis perkahwinan. Usahawan ini menjelaskan maskot itu dipakai untuk mengimbas semula detik awal perkenalannya bersama Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, atau lebih dikenali sebagai Aina lima tahun lalu. “Sebelum ini saya pernah membuat kejutan dengan memakai maskot panda, sebulan selepas Aina bersetuju untuk mendirikan rumah tangga bersama saya. “Jadi pada majlis perkahwinan ini, saya memakai pula maskot singa untuk memberi kenangan kepada detik-detik percintaan kami,” katanya. Hafiz dan Aina kini bergelar suami isteri. Foto instagram syafiqahaina Hafiz menjadi sebutan netizen apabila membuat kejutan pada hari ulang tahun tunangnya dengan menyewa sebuah limosin putih pada 2016 dan menghadiahkan kereta honda Merah sebagai hadiah pada tahun ini. Bagaimanapun dia berkata, kejutan kali ini tidak memerlukan kos tinggi sebagaimana kejutan-kejutan yang dilakukan terhadap Aina sebelum ini. Hafiz menjadi sebutan netizen kerana membuat kejutan untuk buah hatinya. Namun apa yang penting bagi Hafiz adalah signifikan dan nilai hubungan mereka yang kini telah pun bergelar sebagai pasangan suami isteri. "Kami berharap dapat menempuh kehidupan baharu sebagai suami isteri selepas ini. Pastinya akan ada kejutan demi kejutan, tapi tunggulah dulu. Nama pun kejutan, kenalah berahsia,” katanya secara berseloroh. Episod cinta pasangan Hafiz dan Aina disempurnakan dengan sekali lafaz, berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Wahab Abd Jamal di Johor Bahru, Jumaat lalu.