suria

AirAsia Rangka Penerbangan Terhad Ke Bali

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan terus mengendalikan beberapa penerbangan terhad keluar dan masuk ke Bali, Indonesia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sabtu, AirAsia memaklumkan langkah itu berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada Rabu.

Sebelum ini, AirAsia terpaksa menangguh kesemua penerbangan keluar dari destinasi pulau peranginan popular itu berikutan letusan gunung berapi Agung yang mula memuntahkan asap dan debu.

Bagaimanapun, beberapa penerbangan daripada Singapura dan Perth ke destinasi yang sama terpaksa dijadualkan semula.

AirAsia turut menawarkan pilihan masa penerbangan yang tertangguh ke masa yang berlainan kepada penumpangnya dalam tempoh 30 hari.

AirAsia bagaimanapun masih membatalkan kesemua penerbanganya ke Lombok sehingga notis seterusnya. 


AirAsia, Bali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain