KUALA LUMPUR: AirAsia terus menyambung semula operasi penerbangan terhad untuk masuk dan keluar dari Bali pada Ahad, berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Denpasar pada Rabu, yang ditutup sebelum ini susulan letusan Gunung Agung. Jadual penerbangan pada Ahad adalah seperti berikut: AK 306 Kuala Lumpur - Lombok (disambung semula) AK 307 Lombok - Kuala Lumpur (disambung semula) AK 308 Kuala Lumpur - Lombok (disambung semula) AK 309 Lombok - Kuala Lumpur (disambung semula) AK 374 Kuala Lumpur - Denpasar (disambung semula) AK 375 Denpasar - Kuala Lumpur (disambung semula) AK 376 Kuala Lumpur - Denpasar (disambung semula) AK377 Denpasar - Kuala Lumpur (disambung semula) AK 378 Kuala Lumpur - Denpasar (disambung semula) AK 379 Denpasar - Kuala Lumpur (disambung semula) D7 798 Kuala Lumpur - Denpasar (disambung semula) D7 799 Denpasar - Kuala Lumpur (disambung semula) FD 396 Bangkok Don Mueang - Denpasar (disambung semula) FD 397 Denpasar - Bangkok Don Mueang (disambung semula) FD 398 Bangkok Don Mueang - Denpasar (disambung semula) FD 399 Denpasar - Bangkok Don Mueang (disambung semula) FD 398D Bangkok Don Mueang - Denpasar (dijadualkan semula kepada 07:00) FD 399D Denpasar - Bangkok Don Mueang (dijadualkan semula kepada 13:05) QZ 503 Singapura - Denpasar (disambung semula) QZ 506 Denpasar - Singapura (dijadualkan semula kepada 14:55) QZ 534 Denpasar - Perth (dijadualkan semula kepada 08:35) QZ 535 Perth - Denpasar (dijadualkan semula kepada 12:50) QZ 551 Kuala Lumpur - Denpasar (dijadualkan semula kepada 09:30) QZ 552 Denpasar - Kuala Lumpur (dijadualkan semula kepada 15:50) QZ 556 Denpasar - Kuala Lumpur (dijadualkan semula kepada 17:40) QZ 559 Kuala Lumpur - Denpasar (disambung semula) QZ 7510 Jakarta - Denpasar (disambung semula) QZ 7511 Denpasar - Jakarta (dijadualkan semula kepada 15:30) QZ 7531 Denpasar - Jakarta (dijadualkan semula kepada 17:20) QZ 7532 Jakarta - Denpasar (disambung semula) QZ 7912 Bandung - Denpasar (dijadualkan semula kepada 14:15) QZ 7913 Denpasar - Bandung (dijadualkan semula kepada 13:00) XT 7520 Jakarta - Denpasar (disambung semula) XT 7521 Denpasar - Jakarta (disambung semula) XT7526 Jakarta - Denpasar (disambung semula) XT 7527 Denpasar - Jakarta (disambung semula) XT 8441 Yogyakarta - Denpasar (disambung semula) XT 8454 Denpasar - Solo (disambung semula) XT 8455 Solo - Denpasar (disambung semula) XT 8448 Denpasar - Yogyakarta (disambung semula) "Penerbangan lain melibatkan Bali yang tidak tercatat dalam senarai di atas dan penerbangan melibatkan Lombok, masih dibatalkan untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak," kata AirAsia dalam kenyataan pada Ahad. AirAsia menasihati penumpang supaya merujuk kepada laman sesawang rasminya dan laman media sosial AirAsia untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menghubungi pasukan sokongan pelanggannya di support.airasia.com bagi mendapatkan bantuan. - Bernama