KUALA LUMPUR: Selebriti popular Azwan Ali tidak menafikan dirinya dedak kepada Umno. "Saya mengaku.... saya dedak, saya macai kepada Umno. "Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat.. yang penting saya bukan munafik," katanya. Walaupun begitu, Azwan berkata, apa yang diceritakan kepada umum adalah perkara benar tanpa berselindung. "Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga. "Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa 'job'. Sebelum ini saya bersama dia berkempen. "Tapi, apa saya dapat. Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini," ceritanya. Jelasnya, sikap abangnya itu membuatkan Azwan sudah tidak mampu berdiam diri lagi. "Selama bersama dia (Azmin), apa kerja yang saya dapat? Semua media banned saya. Sebab saya bersama pembangkang. "Sekarang, saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau," katanya. Krisis adik beradik ini kembali hangat apabila Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Yunus dan mengkritik Azmin. - Sinar Online