suria

'Datuk Kabi' Diarah Bela Diri

Ahli perniagaan Datuk Kabi atau nama sebenarnya C. Kamaleswaran, 38, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, Khamis.

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, 'Datuk Kabi' diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan  melakukan samun seutas rantai emas pemilik restoran, tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Kabi atau nama sebernanya C. Kamaleswaran, 38, dan menetapkan 13 Feb untuk tertuduh membela diri.

Peguam  Norizan Yaacub yang mewakili tertuduh memaklumkan bahawa anak guamnya  memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Kamaleswaran bersama-sama tiga yang masih bebas telah melakukan samun seutas rantai emas dengan menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol ke atas E. Selvarajoo, 49, di tempat letak kereta berhampiran Restoran Aiswaria, Lorong Maarof, Taman Bangsar, Brickfields, di sini pada 8.30 malam, 1 April 2016.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - Bernama


Datuk Kabi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain