suria

Parah Dikelar Penyamun

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di bahagian leher dan bahu akibat dikelar dua individu dalam kejadian samun di pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar 5.00 petang itu, mangsa yang sedang menunggu lif di pangsapuri berkenaan didatangi dua suspek yang dikenali sebagai ‘Ravi’ dan ‘Tamil Aresen’ dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata akibat serangan mengejut itu, mangsa yang berusia 44 tahun tersebut terjatuh dan tidak mampu mempertahankan diri.

“Seorang daripada suspek memegang tangan, memeluk mangsa dari belakang dan terus mengelar leher serta bahu mangsa.

“Suspek juga disyaki merampas rantai leher warna keemasan milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000 (S$3,290). Mangsa cuba melawan suspek tetapi gagal. Kedua-dua suspek terus melarikan diri sebaik sahaja melihat mangsa berdiri,” kata ACP Zani.

ACP Zani menambah, mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan membawanya ke hospital berdekatan.

Menurutnya lagi, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. - BERNAMA

kelar, samun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

20 Tahun Dihantui Masalah Lalat!

Artikel Lain