suria

Penunggang 'Superbike' Maut Bertembung Kereta

PETALING JAYA: Seorang pemuda berusia 27 tahun maut dalam kemalangan melibatkan motosikal berkuasa besar miliknya dan sebuah kereta di Ara Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, insiden tersebut berlaku pada pukul 10 pagi Khamis di Jalan 1A/4A.

Mohd Zani berkata, insiden itu dipercayai berlaku disebabkan kereta terbabit keluar dari sebuah simpang sekaligus berlanggar dengan motosikal mangsa.

Kata beliau, mangsa dikenal pasti sebagai Luqman Hakim Mohd Tahir dari Hutan Melintang, Perak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mohd Zani berkata, pemandu kereta pula dikenal pasti sebagai seorang pensyarah warga Pakistan yang berusia 38 tahun dan berjaya melepaskan diri tanpa mengalami kecederaan.

Tambahnya, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut dan polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian memandu.

kemalangan maut

Artikel Sebelum

Pemuda OKU 'Caras' Aiman Tino

Artikel Berikut

Artikel Lain