PETALING JAYA: "Jeffrey" sentiasa menikmati akses tanpa henti terhadap permainan video bermula dengan permainan kecil sebelum ianya bertukar menjadi ketagihan terbaharu. Hobi zaman kanak-kanak Jeffrey berubah menjadi obsesi yang mahal ketika dia berusia awal 20-an. Jeffrey berhenti seketika daripada tabiatnya itu selepas berkahwin pada 2006 tetapi ia sukar dilupakan. Dia kembali bermain permainan video, tabiat yang amat mengecewakan isterinya. "Walaupun selepas anak kami dilahirkan dua tahun selepas kami berkahwin, saya masih sanggup membelanjakan banyak wang untuk menaik taraf peralatan permainan video saya untuk prestasi yang lebih baik," katanya dalam satu temu bual. Beberapa tahun kemudian isteri Jeffrey sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya apabila dia cuba memperkenalkan anak mereka kepada permainan tersebut. Isteri Jeffrey memberitahu dia telah memfailkan perceraian dan ia amat mengejutkannya. "Pada waktu itu, saya fikir ia cara untuk meluangkan masa dengan anak lelaki saya tetapi isteri saya sudah tidak tahan lagi. Kini saya memperlahankan aktiviti tersebut. Namun saya masih bertemu dengan rakan-rakan setiap minggu," katanya. Ketagihan terhadap permainan video banyak memberi kesan kepada kehidupan sosial dan kesihatan pemainnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengklasifikasi ketagihan permainan video sebagai masalah kesihatan mental pada tahun 2018. Dalam kemaskini WHO terkini dalam Klasifikasi Penyakit Kebangsaan (ICD) menerusi drafnya yang ke-11, ketagihan permainan video telah termasuk dalam kategori mental, tingkah laku atau neurodevelopmental (dikenali sebagai gangguan perkembangan). Untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit ini, seseorang itu sukar atau gagal mengawal sifatnya ke atas permainan sekaligus memberikan keutamaan kepada permainan video. Tambahnya, corak tingkah laku demikian adalah tahap kritikal yang cukup untuk menunjukkan kemerosotan ketara dalam kehidupan peribadi, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan atau perkara-perkara lain yang berkaitan. Dalam pada itu, ICD telah digunakan oleh pakar kesihataan sedunia dan berfungsi sebagai piawai antarabangsa untuk menentukan keadaan kesihatan dan penyakit. Penggemar permainan video, Avid Sudhan Jayamohan, 29, percaya klasifikasi WHO adalah tepat kerana kekurangan tadbir urus atau disiplin boleh membawa kepada ketagihan. "Saya diperkenalkan kepada permainan video pada usia tujuh tahun tetapi saya hanya dibenarkan bermain selama sejam, sekali atau dua kali seminggu dibawah pengawasan ibu bapa. "Selepas menamatkan pengajian di kolej, saya mula melabur dalam hobi itu kerana ia memisahkan saya dari realiti kehidupan. Jadi saya bermain selama 12 hingga 15 jam sehari. "Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya mengawal diri dan kini saya hanya menghabiskan masa selama empat hingga lima kali seminggu dengan jumlah tidak melebihi 12 jam," katanya.