suria

Berlakon Bantu Mangsa Kemalangan Sebelum 'Kebas' Telefon

JOHOR BARU: Seorang remaja lelaki yang berpakaian seragam sekolah meninggal dunia selepas dilanggar di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Harry Cyclone, yang mencatatkan tentang kejadian itu di Facebook mendakwa sebuah van telah melanggar pelajar lelaki itu, dipercayai berusia 16 tahun dari SMK Aminuddin Baki, kira-kira jam 2 petang Selasa.

Dia berkata pemandu van itu melanggar lampu sebelum melanggar mangsa yang menaiki motosikal.

Dia menambah, lebih menyayat hati apabila seorang lelaki muncul kononnya untuk membantu dengan memeriksa buku telefon pada telefon bimbit mangsa, tetapi sebaliknya membawa lari telefon tersebut.

"Kepalanya berdarah teruk dan kami semua cuba membantu. Tiba-tiba lelaki itu memeriksa telefon mangsa untuk menghubungi ibu bapanya, tetapi sebaliknya melarikan diri," tulis 'Harry Cyclone' dalam catatan Facebooknya.

Posting tersebut dimuat naik di laman JB Tracer: Johor Baru Traffic, Crime and Community Service Report.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kes itu, sambil menambah siasatan sedang dijalankan.

curi telefon, langgar pelajar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain