suria

Terowong P.Pinang: SPRM Tahan Perunding Kejuruteraan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang perunding kejuruteraan kepada kajian projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Wanita berusia 50 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 6.10 petang Selasa.

Menurut sumber, suspek dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tambah sumber, SPRM juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut terlibat dalam bersubahat dalam pemalsuan dokumen itu.

Penahanan wanita berkenaan menyaksikan seramai tiga individu telah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kajian tersebut.

Terdahulu, seorang pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat berasingan direman selama 10 hari sejak 10 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Kedua-duanya dibebaskan pada Sabtu lalu dengan jaminan RM200,000 setiap seorang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

SPRM, terowong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain