suria

Ragut Beg Tangan Sampai Mati

Muhammad Faris Fikri (dua, kiri) bersama adiknya dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.

KOTA BHARU: Seorang daripada dua beradik yang meragut beg tangan hingga mangsa maut dalam kejadian di Machang dua minggu lalu, dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddun menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Faris Fikri Mohd Zulkefli, 25, mengaku salah pada kali pertama dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh bersama adiknya yang berusia 13 tahun didakwa merompak berkumpulan ke atas Maria Erianty Zakaria, 41, di Kampung Sri Rebana, Machang, pada jam 6.30 petang, 10 Januari lalu.

Adik duda berkenaan, bagaimanapun tidak mengaku salah.

beg tangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gerhana Bulan Penuh 31 Jan

Artikel Lain