suria

Orang India Boleh Labur Dalam AS1M

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Masyarakat India di negara ini boleh membuat pelaburan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) setelah 1.5 bilion unit tambahan saham dibuka untuk langganan mulai Isnin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mulai hari ini, masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit khusus buat mereka seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018.

"Semoga ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham dalam kalangan masyarakat India," katanya menerusi catatan dalam akaun Twitternya @NajibRazak, pada Isnin.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam sidang media di Putrajaya pada 23 Jan lalu berkata, inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 50,000 masyarakat India di negara ini.

Menurutnya, pengagihan AS1M oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), dibuka sehingga ia habis dilanggan. - Bernama

AS1M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Saya JSJ, Ditahan Oleh JSJ"

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan